Rancangan Instruksi

Sinopsis
Kursus ini berfokus kepada memahami prinsip-prinsip dalam menghasilkan lukisan berasaskan pemahaman dan penguasaan elemen seni dan prinsip rekaan. Tumpuan pembelajaran juga adalah kepada kemahiran membuat pengamatan dan penerokaan yang melibatkan proses penganalisaan terhadap saiz dan kadar banding, ruang dan perspektif, warna dan pencahayaan dalam menghasilkan bentuk karya dua dimensi. Penguasaan dan penggunaan media, material dan teknik dalam proses kreatif serta artistik terhadap penghasilan sesebuah karya lukisan turut ditekankan.

Hasil Pembelajaran
1. Mengaplikasi konsep dan peranan elemen seni dan prinsip rekaan dalam lukisan.
2. Mengkaji hal benda melalui eksperimentasi dan eksplorasi visual secara kreatif dan kritis.
3. Menganalisa gaya dan teknik menerusi aplikasi media atau material.
4. Menghasilkan lukisan menerusi kajian visual secara kreatif dan kritis.
5. Mengapresiasi dan mengkritik karya lukisan.

Kandungan
1. Latar belakang perkembangan lukisan
2. Proses kreatif dan artistik
3. Organisasi visual
4. Observasi visual
5. Bentuk, komposisi dan ruang
6. Kajian visual
7. Gaya dalam lukisan
8. Lukisan klasik
9. Lukisan kreatif
10. Apresiasi dan kritikan

Rujukan
Betti, C. & Sale, T. (1997). Drawing A Contemporary Approach, Orlando: Harcourt Brace College Publisher.
Dodson, B. (1985). Keys To Drawing. Ohio: North Light Books.
Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within: how to release your hidden creativity. Glasgow: William Collins Sons & Co.
Francis D. K. Ching. (1990). Drawing: A Creative Process. New York: Thomson Publishing.
Harrison, G. (1999). The Essence Of Art: Victorian Advice On The Practice Of Painting. England: Ashgate Publishing Ltd.

Friday 16 April 2010

1 comment:

  1. Интим=> индивидуалки проститутки PrivatNNover Penguasaan dan penggunaan media, material dan teknik dalam proses kreatif serta artistik terhadap penghasilan sesebuah karya lukisan turut ditekankan.
    Есть ещё порох в пороховницах?

    ReplyDelete